Mengapa Perlu Menyimpan Emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya 
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul Ia 
5. Tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
-Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
-Emas tidak boleh dibinasakan.
-Tahan lasak.
-Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
-Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpa nkekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.
Sebagai contoh :

Wang Ringgit / Note RM50

Cuba anda pegang wang kertas RM50

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan : “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
Jawapan : Boleh.. senang sangat.Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda.Laporan akhbar – Harian Metro 22/8/2009

"KISAH RUMAH WARGA TUA / WARGA EMAS MUSNAH DIPANAH PETIR....HABIS DUITNYA YG BERNILAI RM1000 HANGUS DI JILAT API"

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.
Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar,tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai!!

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas. Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.
Sewaktu rakan saya nak kahwin pada tahun 2001, dia membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram!!

3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. Sebagai contoh, pada tahun 80-an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 10 sen dan 20 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM1 – RM2 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

4. Emas adalah aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan (di panggil pelarian hanyut) telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas (Emas Kim-Thanh) bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidakakan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

-Kerajaan Perancis –tahun 17152.
-Republik Weimer Jerman - 1922-1923.
-Hungary 1945-1946
-Chile 1971-1981
-Peru 1988-1991
-Angola 1991 – 1999
-Yugoslavia 1992-1995
-Belarus 1994-2002
-Kerajaan Mexico  1994
-Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
-Zimbabwe 2000-2009

Anda boleh membaca kisah kegagalan wang kertas di sini:
Banyak blog yang menulis artikel mengenai hyperinflasi di Zimbabwe. Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan. 
Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja.Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Simpanan emas menjamin masa depan
Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

KESIMPULAN: Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.