Nilai Wang Kertas Susut Dalam Jangka Masa Panjang

Jika nilai emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di Dalam jangka masa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. 


Kenapa?


Sebab semakin lama disimpan makan nilai wang kertas semakin susut. Kuasa membeli(purchasing power) wang kertas 10 tahun dulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.


Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi


Sebagai contoh, pada tahun 70-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja sebanyak 20 sen hingga 30 sen. Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan minuman.
Bagaimana dengan sekarang? Tahun 2011? Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?

Purata ibu-bapa memberitahu bahawa mereka memberikan wang belanja antara RM2 - RM5 sehari kepada anak-anak mereka, dengan kata lain mereka terpaksa mengeluarkan 10 kali ganda atau lebih pada zaman ini untuk membeli barang yang sama (nasi dan minuman). Jelas di sini menunjukkan kuasa beli wang kertas menyusut di dalam jangka masa panjang.
Bagaimana untuk kita melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun?

Kita boleh bandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu USD Dollar. Jika kita melihat pada graf perbandingan di antara nilai emas dengan wang kertas (dalam kes ini USD), kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 hingga 2006.
Indeks Nilai emas VS US Dollar
Oleh itu, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas, dapat di lihat bahawa dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

Kuasa Beli 1 Dinar 1400 Tahun Dulu Dan Sekarang

Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat)
Prof Dr. Umar Ibrahim Vadillo - Chairman World Islamic Mint (WIM)
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam musnadnya, daripada `Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari), Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata: "Wahai `Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing." Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu."
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: "Ya Allah, berkatilah perniagaannya."
Ok lah.. Straight to the point...Sekarang ni boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Jawapannya..Sudah tentu boleh!

Ada seorang penternak kambing di Selangor yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing iaitu Encik Abdullah Ismail pemilik Green Acres Farm Sdn Bhd. Beliau menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar. :)
Encik Abdullah boleh di hubungi di talian 014-6666996
Dengan 1 dinar, anda boleh seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat dalam lingkungan 30-35 kilogram. Kambing ini sesuai untuk akikah, qurban, majlis kenduri atau kambing golek.

Jika anda berminat untuk membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar, anda boleh hubungi atau SMS Encik Abdullah di talian 014-6666996. Encik Abdullah menerima semua jenis dinar emas.

Alamat ladang seperti yang tertera di bawah:

Green Acres Farm Sdn Bhd
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak,
Kampung Jemderam Hulu,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.


Kesimpulan : Daripada kupasan di atas, kita dapat melihat bahawa emas memberikan keuntungan lumayan di dalam jangka masa panjang. Ini kerana harganya yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.


Selain daripada menjadikan emas sebagai salah satu daripada portfolio pelaburan, ia juga boleh menjadi simpanan yang menguntungkan kerana emas berupaya menjadi penyimpan nilai yang baik atau dengan kata lain, emas bersedia mengekalkan kuasa belinya (purchasing power) walaupun di simpan lama malah ribuan tahun!
Inflasi untuk emas adalah 0% !!

Satu Gram Emas Percuma Di Sini!

Siapa yang tidak tertarik dengan emas? Terbukti semua orang inginkan emas walaupun ianya hanya 1gram! :D

Sekali pun ada yang mengaku tidak meminati perhiasan antara mineral paling berharga ini, percayalah mereka tetap ingin memilikinya kerana sedar nilainya yang tinggi.

Ketahuilah, emas merupakan pelaburan terbaik pada masa kini. Tidak seperti nilai mata wang yang menyusut berikutan tekanan inflasi, harga emas pula terus melonjak dari tahun ke tahun tanpa sedikit pun menunjukkan penurunan.


Carta kenaikan harga emas dari Jan 2000(USD 300 per Auns) hingga Jan 2010(USD 1400 per Auns)
Mengimbas situasi 10 tahun lalu, harga emas pada ketika itu adalah sekitar RM36 bagi satu gram emas. Dan dengan rekod November 2010, RM166 dicatatkan bagi 1 gram emas. Ianya menunjukkkan peningkatan 400% +++ dan ia terus meningkat minggu demi minggu. Tidak hairanlah mengapa emas kini menjadi pelaburan yang semakin diminati ramai.
Persoalannya di sini sudahkah anda memilikinya juga walaupun hanya sekadar 1 dinar emas?

Saya tahu, masih ramai tidak sedar atau mungkin takut tertipu dengan pelaburan emas yang salah. Jadi disini juga saya kongsikan bagaimana anda boleh mengenali jongkong emas yang tulen. Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil dan terdapat cetakan khas pada jongkong itu sendiri. Antaranya adalah emas seperti yang ada di dalam blog my79au ini dan saya sendiri telah memilikinya. :)

Saya disini ingin memaklumkan kepada anda supaya segeralah memiliki emas pertama anda jika tidak pernah memilikinya. Jika pernah boleh tambah lagi pelaburan/simpanan anda itu. Ini kerana rata-rata orang kita di Malaysia ini masih belum sedar nilainya yang tinggi.

Sekiranya saya pergi ke negara luar dan tidak mempunyai wang tunai, saya boleh jual emas yang saya ada untuk menjadi pengganti kerana emas diterima di seluruh dunia!

Info Jongkong Emas
-Ketul logam emas yang berbentuk empat segi
- Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan 99.9% emas tulen
-Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan
-Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 500 gram dan 1 kilogram

Suka saya kongsikan kata-kata dari Thomas Jefferson : Jika anda menginginkan sesuatu yang belum
pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.Lakukan dan capai apa yang anda mahu! "


Masih termenung lagi? ;P

Miliki jongkong emas anda hari ini dan hubungi saya untuk memilikinya hari ini juga!

Apa Itu Wang Fiat / Fiat Money

Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.


Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai masalah apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kegagalan pertama  adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.


Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun begitu undang-undang kerajaan yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak dengan hanya mencetak sahaja pada "kertas kosong" dan di jadikan wang. Senang bukan nak buat wang? :)


Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta tidak bernilai (negara Iraq).

Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia

1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu. 

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia. 

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja. 

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin. 

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.

Sekilas Sejarah Mata Wang Malaysia

1899 - Matawang kertas pertama diterbitkan oleh Kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak 

1906 - Kerajaan menyandarkan matawang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Tiap 1 dolar selat setara dengan 2 sterling dan 4 dime, dan 60 dolar selat setara dengan 7 wang mas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Dengan demikian tiap keping wang mas setara dengan 20 sterling. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada Kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya.

1954 - Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada dolar selat (logam) yang kemudiannya diganti dolar Malaya.

1958 - Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk pencetakan mata wang.

1967 - Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia menggantikan dolar.

1975 - Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama.

1998 - Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM 3.8 untuk setiap 1 USD


Dollar Seperti Tisu Tandas | Tun Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

*Sumber : Utusan Malaysia

50 Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79.
4.Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod. 
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilatlembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air.
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Ag) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.10grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
*Kekerasan 
*Kekuatan 
*Sifat kelogaman(metallugical) 
*Suhu lebur 
*Perubahan warna sesuatu kualiti emas. 

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindak balas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
*Hasilnya adalah logam emas padu
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau. 
30. Emas sangat tumpat:-
*1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg 

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap. 
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunakan unit Karat (K)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat (K)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk syiling iaitu Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Tahukah anda?

Emas adalah khazanah tuhan yang amat bernilai sejak 1400 tahun dahulu dan nilainya tidak akan susut dan semakin lama semakin tinggi nilainya.

Berbeza pula dengan wang kertas,kerana wang kertas adalah khazanah manusia yang boleh dicetak dengan sesuka hati dan nilainya sentiasa susut setiap tahun sebanyak 4% disebabkan oleh inflasi.

Sebagai contoh inflasi :
A menyimpan RM1,000,000 wang kertas,dan B menyimpan RM1,000,000 nilai jumlah emas. Kita biarkan selama 2 tahun menyimpan. Selepas 2 tahun,kita dapati jumlah penyimpanan bagi A ialah RM920,000,dan jumlah penyimpanan bagi B ialah RM1,400,000. Jumlah A berkurangan setelah 2 tahun disebabkan susut nilai dimakan inflasi sebanyak 8%(4% x 2tahun). Lain pula bagi jumlah B,yang nilainya semakin meningkat disebabkan kenaikan sebanyak 40%(20% x 2tahun), kerana kadar purata kenaikan emas setiap tahun 20-40%.
Jika anda menyimpan duit anda ke ASB, untung setahun 8%(contoh),ditolak dengan inflasi 4%,ditolak pula dengan zakat 2%,yang tinggal keuntungan anda sebenarnya selama setahun hanyalah 2%.Berbaloikah?

Berbeza pula emas,kerana emas purata kenaikan setahun adalah 20-40%.Dan nilainya tidak akan susut malah semakin mahal.

Setiap tahun emas mengalami kenaikan nilai:
Pada tahun 1998:RM35/gram
Kini pada tahun 2010: RM166/gram


Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas Semasa

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
  • Untuk kegunaan industri
  • Untuk kegunaan pelaburan
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
  • Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
  • Lombong emas di seluruh dunia
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat
  • Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di www.kitco.com


Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Wang kertas = A4 Paper?

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan.


Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.


Mengapa Perlu Menyimpan Emas

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya 
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul Ia 
5. Tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
-Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
-Emas tidak boleh dibinasakan.
-Tahan lasak.
-Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
-Ia sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpa nkekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.
Sebagai contoh :

Wang Ringgit / Note RM50

Cuba anda pegang wang kertas RM50

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan : “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”
Jawapan : Boleh.. senang sangat.Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:
1. Koyak sampai lumat
2. Gunting
3. Bakar

Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda.Laporan akhbar – Harian Metro 22/8/2009

"KISAH RUMAH WARGA TUA / WARGA EMAS MUSNAH DIPANAH PETIR....HABIS DUITNYA YG BERNILAI RM1000 HANGUS DI JILAT API"

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.
Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar,tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan. Oleh sebab itulah emas dipanggil penyimpan kekayaan yang terunggul.

Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan. Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai!!

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas. Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.
Sewaktu rakan saya nak kahwin pada tahun 2001, dia membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM157 segram!!

3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. Sebagai contoh, pada tahun 80-an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 10 sen dan 20 sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM1 – RM2 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.Kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

4. Emas adalah aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan (di panggil pelarian hanyut) telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas (Emas Kim-Thanh) bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidakakan diterima di negara lain. Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

-Kerajaan Perancis –tahun 17152.
-Republik Weimer Jerman - 1922-1923.
-Hungary 1945-1946
-Chile 1971-1981
-Peru 1988-1991
-Angola 1991 – 1999
-Yugoslavia 1992-1995
-Belarus 1994-2002
-Kerajaan Mexico  1994
-Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
-Zimbabwe 2000-2009

Anda boleh membaca kisah kegagalan wang kertas di sini:
Banyak blog yang menulis artikel mengenai hyperinflasi di Zimbabwe. Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan. 
Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja.Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Simpanan emas menjamin masa depan
Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

KESIMPULAN: Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.