Satu Gram Emas Percuma Di Sini!

Siapa yang tidak tertarik dengan emas? Terbukti semua orang inginkan emas walaupun ianya hanya 1gram! :D

Sekali pun ada yang mengaku tidak meminati perhiasan antara mineral paling berharga ini, percayalah mereka tetap ingin memilikinya kerana sedar nilainya yang tinggi.

Ketahuilah, emas merupakan pelaburan terbaik pada masa kini. Tidak seperti nilai mata wang yang menyusut berikutan tekanan inflasi, harga emas pula terus melonjak dari tahun ke tahun tanpa sedikit pun menunjukkan penurunan.


Carta kenaikan harga emas dari Jan 2000(USD 300 per Auns) hingga Jan 2010(USD 1400 per Auns)
Mengimbas situasi 10 tahun lalu, harga emas pada ketika itu adalah sekitar RM36 bagi satu gram emas. Dan dengan rekod November 2010, RM166 dicatatkan bagi 1 gram emas. Ianya menunjukkkan peningkatan 400% +++ dan ia terus meningkat minggu demi minggu. Tidak hairanlah mengapa emas kini menjadi pelaburan yang semakin diminati ramai.
Persoalannya di sini sudahkah anda memilikinya juga walaupun hanya sekadar 1 dinar emas?

Saya tahu, masih ramai tidak sedar atau mungkin takut tertipu dengan pelaburan emas yang salah. Jadi disini juga saya kongsikan bagaimana anda boleh mengenali jongkong emas yang tulen. Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil dan terdapat cetakan khas pada jongkong itu sendiri. Antaranya adalah emas seperti yang ada di dalam blog my79au ini dan saya sendiri telah memilikinya. :)

Saya disini ingin memaklumkan kepada anda supaya segeralah memiliki emas pertama anda jika tidak pernah memilikinya. Jika pernah boleh tambah lagi pelaburan/simpanan anda itu. Ini kerana rata-rata orang kita di Malaysia ini masih belum sedar nilainya yang tinggi.

Sekiranya saya pergi ke negara luar dan tidak mempunyai wang tunai, saya boleh jual emas yang saya ada untuk menjadi pengganti kerana emas diterima di seluruh dunia!

Info Jongkong Emas
-Ketul logam emas yang berbentuk empat segi
- Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan 99.9% emas tulen
-Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan
-Terdapat jongkong emas dengan berat 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 500 gram dan 1 kilogram

Suka saya kongsikan kata-kata dari Thomas Jefferson : Jika anda menginginkan sesuatu yang belum
pernah anda miliki, anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.Lakukan dan capai apa yang anda mahu! "


Masih termenung lagi? ;P

Miliki jongkong emas anda hari ini dan hubungi saya untuk memilikinya hari ini juga!