Showing posts with label Susut Nilai. Show all posts
Showing posts with label Susut Nilai. Show all posts
Nilai Wang Kertas Susut Dalam Jangka Masa Panjang
Jika nilai emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di Dalam jangka masa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.
Kenapa?
Sebab semakin lama disimpan makan nilai wang kertas semakin susut. Kuasa membeli(purchasing power) wang kertas 10 tahun dulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.
Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 70-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja sebanyak 20 sen hingga 30 sen. Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan minuman.
Kenapa?
Sebab semakin lama disimpan makan nilai wang kertas semakin susut. Kuasa membeli(purchasing power) wang kertas 10 tahun dulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.
Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 70-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja sebanyak 20 sen hingga 30 sen. Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan minuman.
Bagaimana dengan sekarang? Tahun 2011? Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?
Purata ibu-bapa memberitahu bahawa mereka memberikan wang belanja antara RM2 - RM5 sehari kepada anak-anak mereka, dengan kata lain mereka terpaksa mengeluarkan 10 kali ganda atau lebih pada zaman ini untuk membeli barang yang sama (nasi dan minuman). Jelas di sini menunjukkan kuasa beli wang kertas menyusut di dalam jangka masa panjang.
Bagaimana untuk kita melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun?
Kita boleh bandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu USD Dollar. Jika kita melihat pada graf perbandingan di antara nilai emas dengan wang kertas (dalam kes ini USD), kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 hingga 2006.
![]() |
| Indeks Nilai emas VS US Dollar |
Oleh itu, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas, dapat di lihat bahawa dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.
Tahukah anda?
Emas adalah khazanah tuhan yang amat bernilai sejak 1400 tahun dahulu dan nilainya tidak akan susut dan semakin lama semakin tinggi nilainya.
Berbeza pula dengan wang kertas,kerana wang kertas adalah khazanah manusia yang boleh dicetak dengan sesuka hati dan nilainya sentiasa susut setiap tahun sebanyak 4% disebabkan oleh inflasi.
Sebagai contoh inflasi :
A menyimpan RM1,000,000 wang kertas,dan B menyimpan RM1,000,000 nilai jumlah emas. Kita biarkan selama 2 tahun menyimpan. Selepas 2 tahun,kita dapati jumlah penyimpanan bagi A ialah RM920,000,dan jumlah penyimpanan bagi B ialah RM1,400,000. Jumlah A berkurangan setelah 2 tahun disebabkan susut nilai dimakan inflasi sebanyak 8%(4% x 2tahun). Lain pula bagi jumlah B,yang nilainya semakin meningkat disebabkan kenaikan sebanyak 40%(20% x 2tahun), kerana kadar purata kenaikan emas setiap tahun 20-40%.
Jika anda menyimpan duit anda ke ASB, untung setahun 8%(contoh),ditolak dengan inflasi 4%,ditolak pula dengan zakat 2%,yang tinggal keuntungan anda sebenarnya selama setahun hanyalah 2%.Berbaloikah?
Berbeza pula emas,kerana emas purata kenaikan setahun adalah 20-40%.Dan nilainya tidak akan susut malah semakin mahal.
Setiap tahun emas mengalami kenaikan nilai:
Pada tahun 1998:RM35/gram
Kini pada tahun 2010: RM166/gram
Subscribe to:
Posts (Atom)




