Apa Yang Mempengaruhi Harga Emas Semasa

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
  • Untuk kegunaan industri
  • Untuk kegunaan pelaburan
  • Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
  • Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
  • Lain-lain kegunaan
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
  • Lombong emas di seluruh dunia
  • Penjualan rizab emas oleh bank pusat
  • Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di www.kitco.com


Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.