Sekilas Sejarah Mata Wang Dunia

1879 Sistem kewangan dunia kembali kepada piawaian emas.

1914 penggunaan piawai emas dibatalkan kerana banyak negara yang terlibat dalam Perang Dunia I mencetak mata wang lebih banyak dari simpanan emas yang dimilikinya.

1933 FD Roosevelt dilantik menjadi presiden ketika AS mengalami Great Depression, ia memperkenalkan beberapa langkah reformasi sosial dan ekonomi. Ia membatalkan piawai emas dan mengarahkan untuk mencairkan semula 500,000 keping wang emas bernilai USD 20 setiap satu. 

1 Julai 1944 Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara sekutu bersepakat untuk menstabilkan semula kadar tukaran setelah Perang Dunia II. Kerajaan Amerika berjanji kepada rakyatnya dan orang luar bahawa Amerika akan menukar wang kertas USD 35 dengan 1 auns emas. Perjanjian ini juga menyepakati bahawa pencetakan mata wang sesebuah negara berdasarkan rizab emas, dan dolar dijadikan sebagai piawai semua mata wang dunia. 

15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mengamalkan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistim kewangan dunia diubah, mata wang sesebuah negara ditetapkan sebagai bahagian tertentu dari rizab mata wang asing yang dimilikinya. Dunia mengamalkan fiat money sahaja. 

Pemansuhan nilai tara USD kepada emas inilah yang merupakan punca krisis dolar yang meluas. Sejak saat inilah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya hanya dalam USD, tentunya dengan kadar bunga tertentu, misalnya IMF menetapkan antara 15-20%. Ini adalah perangkap negara maju sehingga boleh terus mengeksploitasi negara miskin. 

Penggunaan wang fiat diperkenalkan oleh negara kolonialis untuk memanipulasi pasaran wang dunia dan menjadi alat penjajahan. Fakta bahawa negara-negara ini masih mempunyai simpanan emas yang banyak tetapi berpakat untuk tidak menjual atau memajakkan emasnya semakin memperkuat persangkaan kita bahawa wang fiat adalah alat penjajahan. Ada maklumat bahawa mulai Jun 2001 Rusia telah mencetak wang emas sebagai legal tender, ia juga telah mula menjual dolar dan menimbun simpanan emasnya.