Kuasa Beli 1 Dinar 1400 Tahun Dulu Dan Sekarang

Satu contoh yang paling popular bagi menunjukkan kuasa beli emas yang sangat stabil ialah harga seekor kambing di dalam nilai dinar (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram dengan ketulenan 22 karat)
Prof Dr. Umar Ibrahim Vadillo - Chairman World Islamic Mint (WIM)
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar.

Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam musnadnya, daripada `Urwah yang bermaksud :

"(Pada suatu hari), Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata: "Wahai `Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing." Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu."
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: "Ya Allah, berkatilah perniagaannya."
Ok lah.. Straight to the point...Sekarang ni boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?

Jawapannya..Sudah tentu boleh!

Ada seorang penternak kambing di Selangor yang menerima dinar untuk ditukarkan dengan seekor kambing iaitu Encik Abdullah Ismail pemilik Green Acres Farm Sdn Bhd. Beliau menawarkan seekor kambing pada harga 1 dinar. :)
Encik Abdullah boleh di hubungi di talian 014-6666996
Dengan 1 dinar, anda boleh seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat dalam lingkungan 30-35 kilogram. Kambing ini sesuai untuk akikah, qurban, majlis kenduri atau kambing golek.

Jika anda berminat untuk membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar, anda boleh hubungi atau SMS Encik Abdullah di talian 014-6666996. Encik Abdullah menerima semua jenis dinar emas.

Alamat ladang seperti yang tertera di bawah:

Green Acres Farm Sdn Bhd
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak,
Kampung Jemderam Hulu,
43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.


Kesimpulan : Daripada kupasan di atas, kita dapat melihat bahawa emas memberikan keuntungan lumayan di dalam jangka masa panjang. Ini kerana harganya yang sentiasa meningkat dari masa ke masa.


Selain daripada menjadikan emas sebagai salah satu daripada portfolio pelaburan, ia juga boleh menjadi simpanan yang menguntungkan kerana emas berupaya menjadi penyimpan nilai yang baik atau dengan kata lain, emas bersedia mengekalkan kuasa belinya (purchasing power) walaupun di simpan lama malah ribuan tahun!
Inflasi untuk emas adalah 0% !!