Nilai Wang Kertas Susut Dalam Jangka Masa Panjang

Jika nilai emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas. Di Dalam jangka masa panjang wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. 


Kenapa?


Sebab semakin lama disimpan makan nilai wang kertas semakin susut. Kuasa membeli(purchasing power) wang kertas 10 tahun dulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.


Kuasa belinya semakin merosot akibat inflasi


Sebagai contoh, pada tahun 70-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang belanja sebanyak 20 sen hingga 30 sen. Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan minuman.
Bagaimana dengan sekarang? Tahun 2011? Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?

Purata ibu-bapa memberitahu bahawa mereka memberikan wang belanja antara RM2 - RM5 sehari kepada anak-anak mereka, dengan kata lain mereka terpaksa mengeluarkan 10 kali ganda atau lebih pada zaman ini untuk membeli barang yang sama (nasi dan minuman). Jelas di sini menunjukkan kuasa beli wang kertas menyusut di dalam jangka masa panjang.
Bagaimana untuk kita melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun?

Kita boleh bandingkan diantara harga emas dengan matawang utama dunia iaitu USD Dollar. Jika kita melihat pada graf perbandingan di antara nilai emas dengan wang kertas (dalam kes ini USD), kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 hingga 2006.
Indeks Nilai emas VS US Dollar
Oleh itu, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas, dapat di lihat bahawa dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.